Wednesday, August 15, 2018

Tajuk 10: Penyesuaian Sosial (Kemahiran Intrapersonal)

Penyesuaian sosial merupakan suatu istilah yang banyak merujuk pada proses penyesuaian diri seseorang dalam konteks interaksi dengan lingkungan sekitar.


Pengertian penyesuaian sosial menurut Chaplin dalam Kartini Kartono (1993) adalah:

a. penjalinan secara harmonis suatu relasi dengan lingkungan sosial

b. mempelajari tingkah laku yang diperlukan atau mengubah kebiasaan yang ada sedemikian rupa sehingga sebati dalam masyarakat sosial. 



KEMAHIRAN INTRAPERSONAL


10.1.1 KONSEP INTRAPERSONAL





Menurut Judy Pearson dan Paul Nelson (2011) mendefinisikan komunikasi intrapersonal sebagai proses menggunakan mesej untuk menghasilkan makna dalam diri sendiri. Begitu juga dengan pendapat Ronald B. Adler dan George Rodman (2006) mendefinisikan komunikasi intrapersonal sebagai komunikasi dengan diri sendiri. Kemahiran intrapersonal sering digunakan oleh individu untuk bermonolog dan sebagainya.








Kamus Komunikasi Massa dan Penyelidikan Media (2005) mendefinisikan komunikasi intrapersonal sebagai komunikasi yang berlaku dalam seseorang. Dalam kes ini, penghantar mesej dan penerima mesej adalah orang yang sama. Definisi bagi komunikasi intrapersonal yang dikemukakan oleh para ahli lebih menitikberatkan pada konsep " the self " atau diri. Hasil kajian menunjukkan bahawa komunikasi intrapersonal menyatakan sebuah pandangan bahawa langkah awal menuju komunikasi yang berkesan dengan orang lain adalah kejayaan komunikasi dengan diri sendiri.