Pengertian penyesuaian sosial menurut Chaplin dalam Kartini Kartono (1993) adalah:
a. penjalinan secara harmonis suatu relasi dengan lingkungan sosial
b. mempelajari tingkah laku yang diperlukan atau mengubah kebiasaan yang ada sedemikian rupa sehingga sebati dalam masyarakat sosial.
KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
10.1.1 KONSEP INTRAPERSONAL
Kamus Komunikasi Massa dan Penyelidikan Media (2005) mendefinisikan komunikasi intrapersonal sebagai komunikasi yang berlaku dalam seseorang. Dalam kes ini, penghantar mesej dan penerima mesej adalah orang yang sama. Definisi bagi komunikasi intrapersonal yang dikemukakan oleh para ahli lebih menitikberatkan pada konsep " the self " atau diri. Hasil kajian menunjukkan bahawa komunikasi intrapersonal menyatakan sebuah pandangan bahawa langkah awal menuju komunikasi yang berkesan dengan orang lain adalah kejayaan komunikasi dengan diri sendiri.
